Wednesday, May 14, 2008

Salasilah Kesultanan Melayu Melaka Hingga Sekarang

Raja Suran al-Bahari, mempunyai 3 orang anak hasil perkahwinan dengan Puteri Mahtabul Bahri, puteri Raja Aftabul 'Ard dari Kerajaan Basram (bawah laut).

(a) Nila Utama (Sang Sapurba) berkahwin dengan Wan Empuk dan Ratu Chnadra Puri.

(b) Nila Pahlawan, berkahwin dengan Wan Sendari, lagenda nenek moyang kepada Raja-raja Minangkabau di Sumatera (Indonesia).

(c) Krishna Pendita berkahwin dengan Wan Malini, nenek moyang kepada Raja-raja Tanjungpura.


1160 - 1208 : Wan Empok dan Ratu Chandra Puri, Raja Temasik (kini Singapura), berkahwin dengan Nila Utama (Sang Sapurba), melahirkan beberapa orang anak dalam beberapa generasi (tidak diketahui)
------------------------------------------------------------------------------

1360 - 1376 : Sri Maharaja Nila Utama, (Raja Parameswara dari Temasik) mengahwini Raja
Parameswari. Baginda mangkat pada tahun 1376 dan meninggalkan waris :


(a) Raja Kecil Besar Paduka Sri Pekerma Di Raja, ditabal sebagai Paduka Seri Vikramavira, Raja Temasik.
(b) Raja Kecil Muda Tun Perpatih Permuka Vijaya, Bendahara. Baginda meninggalkan waris:
i) Tun Perpatih Tulus.

1376 - 1377 : Seorang raja diangkat oleh Maharaja China bagi memerintah Temasik (Singapura). Pada tahun 1366, wilayah ini diserang dan dimusnahkan dalam serangan dari Palembang.
-------------------------------------------------------------------------------
1377 - 1400 : Paduka Sri Maharaja Vikramavira, Raja Temasik. Menggunakan gelaran Raja Kecil Besar. Baginda berkahwin dengan Puteri Nila Panchadi, puteri Kalinga Jamburga Rama Mudaliar (putera Adi Wiranama Raja Mudaliar yang mempunyai pertalian dengan Raja Suran). Baginda meninggalkan waris:

i) Desa Raja, ditabal sebagai Paduka Sri Maharaja, Raja Parameswara di Temasik.

1400 - 1414 : Paduka Sri Maharaja, Raja Parameswara di Temasik. Menggunakan gelaran Raja Kecil Besar Paduka Sri Pekerma Di Raja. Baginda ditabal selepas kemangkatan ayahandanya pada tahun 1403. Baginda mangkat di Melaka pada 1414 dan meninggalkan waris Raja Muda Raja Sri Rama Vikrama. Baginda ditabal sebagai Sultan dengan nama Sultan Iskandar Zulkarnain Shah. 
---------------------------------------------------------------------------------
1414 - 1424 : Sultan Sri Iskandar Zulkarnain Shah, Raja Temasik dan Sultan Melaka. Baginda dikatakan pernah melawat Negara China pada tahun 1411 dan 1419. Baginda pernah memerintah tiga tahun di Temasik dan 20 tahun di Melaka. Baginda mengahwini:

a) Puteri Tun Perpatih Tulus
b) Puteri Tengku Sulaiman, Raja Patani.

Daripada Puteri Tun Perpatih Tulus, mewariskan:
 
1) Raja Besar Muda,

2) Raden Tengah, dikenali sebagai Paduka Sri Maharaja Sultan Muhammad Shah
Sultan Melaka.

3) Raden Anum, Bendahara Sri Amar Di Raja, 

4) Raden Bala.
-------------------------------------------------------------------------------
1424 - 1444 : Paduka Sri Maharaja Sultan Muhammad Shah, (Sultan Melaka Pertama).
Selepas baginda memeluk Islam, beliau digelar Paduka Seri Sultan. Baginda dikatakan memerintah 57 tahun. Baginda mewariskan: 

1) Raja Kecil Mambang Ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah.

2) Raja Hitam

3) Raja Abu Kassim, dikenali sebagai Sultan Muzzaffar Shah Ibni Almarhum
Sultan Muhammad Shah
(Sultan of Melaka kedua) (putera Tun Ratna Wati).
--------------------------------------------------------------------------------
1444 - 1459 : Paduka Sri Sultan Muzzaffar Shah Ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah. (Sultan of Melaka kedua). Baginda mewariskan: 

1) Raja Abdullah, dikenali sebagai Paduka Sri Sultan Mansur Shah Ibni
Almarhum Sultan Muzzaffar Shah, (Sultan Melaka ketiga)
(putera Raja Tua).

-------------------------------------------------------------------------------
1459 - 1477 : Paduka Seri Sultan Mansur Shah Ibni Almarhum Sultan Muzzaffar Shah. (Sultan of Melaka ketiga).
Lahir pada 1406. Baginda ditabal sebagai Sultan Melaka pada 1459. Baginda menakluk Pahang, Kampar (Sumatera) and Siak. Baginda mengahwini:

a) Puteri Wanang Sri Lela Wangsa, puteri Maharaja Dewa Surya, pemerintah Pahang yang mempunyai hubungan darah dengan Raja Siam, perkahwinan ini melahirkan 2 putera.

b) Raden Galoh Chandra Kirana, gadis Jawa, puteri Sang Aji-ningrat, Betara Mahapahit,

c) Anak perempuan Bendahara.

d) Puteri Hang Li Po, a Puteri dari Negara China.

5) Tun Putih, anak perempuan Sri Nara Di Raja, 

Baginda mewariskan: 

1) Raja Ahmad, dikenali Sultan Muhammad Shah I Ibni Almarhum Sultan Mansur
Shah, Sultan Pahang
(anak Puteri Wanang Lela Wangsa). Beliau dihantar ke Pahang oleh ayahandanya kerana membunuh anak Bendahara dalam peristiwa bermain bola takraw.

2) Raja Muhammad Ibni Almarhum Sultan Mansur Shah. 

3) Raja Sulaiman Ibni Almarhum Sultan Mansur Shah. Baginda terbunuh ketika cuba menahan lelaki amuk.

4) Raden Gegling @ Ratu Di Klang (anak Raden Galoh Chandra Kirana). Juga terbunuh dalam kejadian amuk.

5) Paduka Mimat (anak Puteri Hang Li Po). Baginda mewariskan
     a) Paduka Sri China, Pemerintah Langkat. Baginda mewariskan
         i) Paduka Ahmad, memerintah Jeram, Selangor.

6) Raja Hussain (Raden), dikenali sebagai Sultan Alauddin Ri'ayat Shah Ibni Almarhum Sultan Mansur Shah, (Sultan of Melaka keempat).

7) Raja Bakal binti Almarhum Sultan Mansur Shah 

8) Raja Maha Dewi binti Almarhum Sultan Mansur Shah

9) Raja Chandra binti Almarhum Sultan Mansur Shah.
--------------------------------------------------------------------------------
1477 - 1488 : Paduka Sri Sultan Ala'uddin Ri'ayat Shah Ibni Almarhum Sultan Mansur Shah. (Sultan of Melaka kelima).
Mangkat pada 1456. Baginda mewariskan:

1) Sultan Munawar Shah Ibni Almarhum Sultan Ala'uddin Shah, 

2) Raja Muhammad, dikenali sebagai Sultan Mahmud Shah I Ibni Almarhum
Sultan Ala'uddin Ri'ayat Shah,
(Sultan of Melaka keenam) dan Sultan Johor.

3) Raja Zainal Ibni Almarhum Sultan Ala'uddin Ri'ayat Shah 

4) Raja Hitam binti Almarhum Sultan Ala'uddin Ri'ayat Shah.

5) Raja Fatimah binti Almarhum Sultan Ala'uddin Ri'ayat Shah berkahwin dengan Raja Ahmad Ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah, anak kedua Sultan Muhammad Shah Ibni Almarhum Sultan Mansur Shah, Sultan Pahang.

--------------------------------------------------------------------------------
1488 - 1528 : Paduka Sri Sultan Mahmud Shah I Ibni Almarhum Sultan Ala'uddin Ri'ayat Shah (Sultan of Melaka keenam) dan Sultan Johor.

Baginda berundur dari Melaka selepas diserang Portugis pada 24 Julai 1511. Baginda memindahkan pusat pemerintahan di Muar, Johor. Pemerintahan baginda juga diserang Portugis pada 1526 lalu berpindah ke Kampar di Sumatera, Indonesia. Baginda mangkat di Kampar (dikenali sebagai Marhum Kampar) pada 1530.

Baginda berkahwin dengan ramai isteri:

a) Sepupu pertama baginda, Raja Wati binti Almarhum Sultan Muhammad Shah,
puteri Sultan Muhammad Shah Ibni Almarhum Sultan Mansur Shah, Sultan Pahang.

(b) Puteri Unang Kening binti Almarhum Sultan Mansur Shah, puteri sulung Sultan Mansur Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah, Sultan Kelantan.
 
(c) Tun Kudu @ Datuk Putih, anak perempuan Tun Tahir, Bendahara Sri Nara Di Raja.

(d) Tun Sabariah (atau Tun Birah), anak perempuan Laksamana.

(e) Tun Teja, pada 1494, anak perempuan Bendahara of Pahang.

(f) Tun Fatimah, bekas isteri Tun Ali anak perempuan Bendahara Sri Maharaja yang mana diperintah bunuh oleh Sultan Mahmud Shah.

Baginda mewariskan:

1) Sultan Ahmad @ Raja Mah Ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah (anak Puteri Unang Kening). Baginda terbunuh dalam perang Portugis di Melaka.

2) Raja Kassim, dikenali sebagai Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah Ibni
Almarhum Sultan Mahmud Shah
, ditabal sebagai Sultan of Perak pertama. (anak Puteri Unang Kening). daripada sini lahir keturunan Sultan Perak daripada keturunan Sultan Melaka. 

3) Raja Ala'uddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah (putera Tun Fatimah). 

4) Raja Raden Ali, dikenali sebagai Sultan Ala'uddin Ri'ayat Shah II Ibni Almarhum
Sultan Mahmud Shah
, Sultan Johor (putera Tun Fatimah).

5) Raja Nara Ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah (putera Puteri Unang Kening).

6) Puteri (Kekanda Sultan Ahmad), berkahwin dengan Sultan Abdullah of Kampar.

7) Puteri (puteri Puteri Unang Kening), 

8) Raja Fatimah (atau Putri Mah') binti Almarhum Sultan Mahmud Shah (puteri Puteri
Unang Kening),

9) Raja Amar Dewi binti Almarhum Sultan Mahmud Shah (puteri Tun Teja).

10) Raja Kamala Dewi binti Almarhum Sultan Mahmud Shah (puteri Puteri Unang Kening)
berkahwin dengan Raja Ahmad bin Raja Muhammad, Raja of Terengganu, putera Raja
Muhammad Ibni Almarhum Sultan Mansur Shah, Sultan Terengganu.

11) Raja Sri Dewi binti Almarhum Sultan Mahmud Shah (puteri Puteri Unang Kening),
berkahwin dengan Raja Ahmad Ibni Almarhum Sultan Gombak, Raja Kelantan (mangkat pada 
1547), putera Sultan Gombak Ibni Almarhum Sultan Mansur Shah, Sultan Kelantan.

12) Raja Dewi binti Almarhum Sultan Mahmud Shah (puteri Tun Sabariah), berkahwin dengan
Sultan Zainal Abidin Shah Ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah, Sultan Pahang

13) Raja Puteh binti Sultan Mahmud Shah (puteri Tun Fatimah), berkahwin dengan Sultan
Hussain dari Haru.

14) Raja Khadijah binti Almarhum Sultan Mahmud Shah (puteri Tun Fatimah), berkahwin di 
Bentan, sebagai isteri kedua Sultan Mahmad Ibni Alamrhum Sultan Muhammad Shah, Sultan Pahang (mangkat 1530), putera muda Sultan Muhammad Shah, Sultan Pahang.

5 comments:

Mohd Shahrizal said...

Sultan Abu Syahid 1444-1446 tiada dalam senarai?

Imran Azmi said...

Tuan Mohd Shahrizal, senarai ini adalah salasilah keturunan Sultan Melaka. Sultan Abu Syahid mungkin salah seorang daripada Sultan Melaka. Namun, salasilah beliau daripada Sultan Melaka tidak penulis belum dapat pastikan. Anakanda Sultan Muhammad Shah (Sultan adalah Sultan Mansur Shah. Sultan Abu Syahid pula dibunuh dengan rancangan Tun Ali. Selepas kemangkatan baginda, masyhur Sultan Muzaffar Shah, anakanda Sultan Muhammad Shah. Wallahu a'lam.

PERSATUAN ANAK-ANAK JAWANG said...

kome x masuk pun nama megat ni,awat marah bebeno ke? welpdia 1414-?ada sebut sultan megat iskandar shah... cer cerita,mana satu nk pakai ya ....

semarakbudi said...

askum...dari manakah anda mendapat susur galur sultan melaka ini. adakah dr sumber yg sah secara bertulis dr mana2 petikan lama. tq

bb501 said...

Salam Tuan, Ada beberapa senarai nama yang agak mengelirukan disini.

1. Sultan Mahmud Shah yang berkahwin dengan Tun Teja dapat hanya seorang anak sahaja yang bernama Raja Ahmad tetapi dalam ni tuan tulis Raja Amar. Amar tu adalah panggilan yang digunakan oleh ketua dayang istana yang menjaga Raja Ahmad (sebab pada waktu tu Raja Ahmad kena sakit angin ahmar).

2. Sultan Mahmud Shah yang berkahwin dengan Puteri Onang Kening dapat 2 orang anak sahaja iaitu Raja Sri Dewi dan Raja Muzaffar. Raja Sri Dewi dengan Raja Kemala Dewi adalah orang yang sama. Raja Muzaffar ada nama lain iaitu Raja Nara.