Friday, December 14, 2007

ASAL USUL SILAT

Sehingga kini, tidak ada bukti rasmi yang menunjukkan silat itu berasal daripada sesuatu keadaan. Walaupun ada pihak yang mendakwa silat berasal daripada perlakuan binatang, wanita, suatu tindakan tindak sengaja, semerta, asal perkataan silat itu sendiri namun hujah itu masih di peringkat istilah dan falsafah serta boleh dipertikai. Ini kerana tidak ada penemuan bukti secara bertulis mengenai asal usul silat, penemuan artifak dan lokasi kejadian. Apa yang ada hanyalah sumber lisan daripada guru-guru tua dan disampaikan kepada generasi-generasi selepasnya. Ini kerana sebahagian guru terlalu merahsiakan ilmu persilatannya termasuk sejarahnya dan sebahagian guru pula terlalu menokok tambah mengenai ilmu persilatannya sehingga wujud kekeliruan dan kecelaruan fakta yang tidak munasabah. Daripada sumber-sumber ini, para pengkaji menyelidik, menapis dan menyesuaikannya mengikut logik yang boleh diterima mengikut keadaan setempat.

Hasil kajian setakat ini menunjukkan, asal usul silat terbahagi kepada dua bahagian:

(1) Kejadian Silat.
(2) Kewujudan Istilah.

5 comments:

Unknown said...

napew ha x dew jawapan asal-usul silat nihhh

rosli said...

pasal asal usul silat ni dari india.. kalari payat.. dibawa oleh pedagang dan sami buddha.. sila tgk wikipedia bodhidharma... seorg sami buddha dr selatan india dtg ke palembang dan mengajar asal usul silat ni sekarang. melayu malu nak nyatakan perkara ni.

mat ikrar said...

kalau setakat baca dari sumber kajian org lain duk diam dah la.. rosli ni org india ek..

kucingsurau said...

Orang india pun takda silat.. macam mana boleh kata asal usulnya dari india?
Cuba tgk org india sekarang dan negara india.. apa yang depa ada?
Silat? tomoi? wushu?
yang aku tau depa ada "silambam".
Sejenis seni mempertahankan diri menggunakan rotan yang panjang..

Silat guna keris, kerambit, tekpi dan macam2 lagi... cuba tgk kat negara india, ada tak keris, kerambit, tekpi dll?

Fawwaz said...

aik?? xkan orang india men silat kot??